Susun atur tong tauge

Penyusunan tong tauge boleh dilakukan pelbagai cara melihat pada kesesuaian tempat dan keluasan yang difikirkan perlu. sebagai contoh; jika sekiranya kawasan yang hendak diguna pakai mempunyai ruang yang sempit maka sebaiknya tong tersebut hendaklah disusun rapat sama ada sebaris atau 4 tong setiap kumpulan.
Perlu difikirkan juga saliran air yang jatuh dari bawah tong tauge semasa berlakunya penyiraman semasa menanam tauge, jika perlu ikhtiarkan tempat khas seperti longkang agar pengaliran dapat berlaku ataupun menggunakan zing atap sebagai alat menyambut air jatuhan tadi.
Salah satu cara lagi ialah membuat lubang disetiap sudut tong yang akan disambungkan menggunakan paip hose yang lebih besar sedikit bagi memudahkan air jatuhan mengalir melalui sambungan tong terakhir.
Jika menggunakan kaedah ini pastikan dibawah tong tidak perlu ditebuk, dan untuk ini kita cuma perlu menggunakan bakul yang berlubang serta saiznya boleh dimuatkan kedalam tong utama dan sediakan alat sokongan seperti kerusi plastik yang rendah untuk alat sokongan antara 5-6inci bagi memberi ruang kepada saliran air yang jatuh dan mengelakkan benih kacang daripada bertakung.

No comments:

Post a Comment

Get Chitika | Premium