PROMOSI USAHAWAN TAUGE



PROMOSI DILANJUTKAN SEHINGGA AKHIR DECEMBER 2011(Cepat! bila-bila masa sahaja akan Tamat!)
ATAS PERMINTAAN RAKAN-RAKAN YANG BELUM SEMPAT MEMBUAT PEMBELIAN BULAN OKTOBER, PIHAK KAMI MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MELANJUTKAN PROMOSI SEHINGGA 31hb. DECEMBER, 2011
Kepada bakal-bakal Usahawan Tauge yang belum membuat tempahan ebook Usahawan tauge versi B. Melayu diminta mendapatkannya segera sebelum tarikh tamat promosi iaitu seperti dinyatakan diatas dengan Harga Promosi RM199 sahaja termasuk Bonus Percuma contoh kertas kerja pinjaman.

ebook ini menggunakan bahasa yang mudah difahami dan praktikal selain menjimatkan kos untuk menghadiri bengkel atau kursus tauge.

Untuk tempahan dan muat turun ebook sila klik >>SINI<<

Usahawan Tauge

Jangan Lepaskan Peluang! Jadilah Usahawan Tauge. Mudah-Cepat-Menguntungkan

Kebaikan Usahawan tauge

Kebaikan Usahawan tauge?
Antara kebaikan menjadikan Penanaman Tauge sebagai Bidang Usahawan adalah seperti berikut:-
1. Belum ramai lagi Usahawan Tauge yang tergolong Bumiputra Islam dalam bidang ini!
Ini bermakna pasaran Tauge Halal amat luas dan potensi untuk menjadikan Usahawan tauge secara Komersial perlu dilihat dalam konteks yang menguntungkan dan perlulah direbut secepat mungkin.
2. Pembekal dan Pemborong Tauge.
Jadilah Usahawan Tauge secara komersial yang dapat membekalkan dan pemborong kepada Usahawan atau peniaga Pasar Basah, Pasar Borong dan Peruncit. Bidang ini berpotensi pergi jauh jika anda dapat menjadikan Tauge sebagai produk utama anda dan membekalkan kepada peniaga-peniaga di pasar basah selain membekalkan kepada restoran-restoran, hotel, sekolah, asrama, hospital dan banyak lagi. (nak saya sebutkan disini terlalu banyak misalnya:- mini market hingga ke super market, penjara, kanten kilang-kilang disekitar anda, peniaga soto, mee goreng dan banyak lagilah...)
3. Modal Minima.
Jika dibandingkan dengan Bisnes yang lain, Usahawan tauge tidaklah memerlukan Modal yang banyak dan tidak memerlukan kawasan yang luas.
4. Pengeluaran yang boleh dikawal.
Pengeluaran atau tuaian tauge boleh dikawal dan dihadkan mengikut keperluaan atau permintaan.
5. Bersambung ya....sebab terlalu banyak lagi kebaikannya.

Tahukah Anda? - Khasiat dan Zat yang terdapat dalam Tauge

Akhir-akhir ini semakin banyak orang yang memilih sayuran tunas untuk sayur. Di antara sayuran tunas, kecambah kacang hijau dianggap sebagai sayur termurah, tetapi memiliki gizi yang berlimpah.

Tauge mengandungi banyak serat dan air, yang dapat membantu membersihkan kotoran dalam usus besar, sehingga bermanfaat mengurangi kemungkinan zat-zat beracun terserap oleh tubuh. Serat juga efektif untuk mengikat lemak dan kelesterol, dan membuangnya bersama kotoran. Kandungan kalsium yang tinggi dalam kecambahkacang hijau itu sangat baik untuk kesihatan jantung. Estrogen alami yang terdapat dalam tauge juga secara nyata dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah tulang osteoporosis.

Institute of Food Research (IFR) di England menemukan dalam tauge dan kol ada sejenis zat yang sangat ampuh untuk menekan risiko kanser usus. Zat ini terbukti dapat membunuh sel-sel ganas penyebab kanser usus sekaligus dapat menghentikan penyebarannya. Untuk menghindari kanser usus, sebaiknya pengambilan/memakan tauge 2 hingga 3 kali dalam seminggu.

Di Malaysia, tauge merupakan komponen penting dalam masakan mee, soto, laksa, tauge goreng, gado-gado, kerabu dan banyak lagi. Selain daripada makanan hidangan harian.

Harmon Santoso

Penggunaan harmon Santoso didalam pengeluaran dan tanaman tauge amat penting sekali agar hasil tauge menjadi lebih berkualiti dengan kesan akar yang tidak panjang dan fizikal tauge tidak terlalu kurus.
Cara penggunaannya adalah seperti berikut:-

1. Kacang Hijau atau Kacang Hitam yang terpilih haruslah bersihkan terlebih dahulu dengan bilasan air bersih(sebaik-baiknya air tanpa Klorin/Air perigi/Air Hujan), dan mana-mana kacang yang timbul diatas permukaan air dibuang.

2. Rendam Kacang tadi dengan Air bersih yang telah dicampurkan dengan Harmon Santoso(sukatan=1-2 sudu teh) dan biarkan rendaman selama 8-10jam.

3. Buang Air rendaman tadi dan bilas Kacang dengan air bersih(1-2kali sahaja).

4. Toskan Kacang yang telah dibilas dan gaulkan dengan serbuk Siako(plaster of Paris) selama 2-3 jam.

5. Setelah itu barulah siraman Pertama(10-15minit X 8kali sehari).

**Harmon Santoso adalah sejenis cecair yang berfungsi mengawal akar tauge agar tidak terlalu panjang dan juga mengemukkan fizikal tauge.

Jadilah Usahawan Tauge

Tanam Tauge Cara Termudah, Cepat dan Untung Kaedah Terkini Siraman Otomatik.
Kini dengan memiliki ebook Tanam Tauge Anda mampu mengusahakan dan menjadi sseorang usahawan Tauge yang berjaya tanpa mengikuti atau menghadiri Kursus kerana panduan yang terdapat dalam ebook ini sangat mudah dan senang dipraktikan. Semua panduan ditulis dengan penerangan yang mudah dan dalam bahasa Melayu. Tak rugi rasanya memiliki ebook tersebut yang harganya jauh lebih Murah berbanding dengan apa yang akan kita perolehi. Sedikit info melalui klip video pendek disertakan dibawah:-
Selamat mencuba!

Usahawan Tauge Agro






Taklimat dan pameran Tauge Agro mendapat Kunjungan yang diluar jangkaan.. tempahan ebook laris dijual seperti pisang panas.

Promosi ebook dilanjutkan

PROMOSI DILANJUTKAN SEHINGGA (Cepat! bila-bila masa sahaja akan Tamat!)

ATAS PERMINTAAN RAKAN-RAKAN YANG BELUM SEMPAT MEMBUAT PEMBELIAN BULAN OKTOBER, PIHAK KAMI MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MELANJUTKAN PROMOSI SEHINGGA 31hb. DECEMBER, 2009
Untuk bakal Usahawan Tauge yang belum membuat tempahan ebook Usahawan tauge versi B. Melayu diminta mendapatkannya segera sebelum tarikh tamat promosi iaitu seperti dinyatakan diatas dengan Harga Promosi RM199 sahaja termasuk Bonus Percuma contoh kertas kerja pinjaman.
ebook ini menggunakan bahasa yang mudah difahami dan praktikal selain menjimatkan kos untuk menghadiri bengkel atau kursus tauge.

Untuk tempahan dan muat turun ebook sila klik >>SINI<<

Side income - Pengusaha Tauge

Ramai kenalan bertanyakan, Jika cuma mengusahakan tauge untuk dijual berapa sangat lah untungnya?? (rujukan ini ditujukan kepada pengusaha yang hanya mengeluarkan hasil keluaran tauge yang miniman dan lokasi yang terhad penduduknya. misalnya, dipekan-pekan kecil konon).
Dalam dunia perniagaan tak kiralah jenis produk yang dijual, peniaga mestilah produktif dan yang penting KREATIF! jangan sempitkan pasaran semata-mata. Tauge selain dijadikan hidangan sayur boleh juga dijadikan pelbagai produk, misalnya produk Popeya/Popia, produk ini juga boleh dipasarkan terus kepada peniaga-peniaga yang menjual kuih muih atau disejukbeku kan dan boleh diedarkan dipasaraya atau dijadikan produk IKS.
Kreatif disini bukan setakat mencipta resepi popia sahaja, Bungkusan juga penting selain pemasaran yang baik.
Jika hendak berjaya bukanlah sesuatu yang mudah tetapi bukan juga alasan sangat susah! Setiap permulaan itu pasti dengan langkah pertama dan seterusnya....pelajarilah sebanyak ilmu yang mungkin daripada hanya TUNGGU dan LIHAT! Bertindak sekarang atau kita hanya mampu melihat orang lain Berjaya!
Tidak mustahil dengan sangkaan side income boleh menjadikan kita sebagai Usahawan yang berjaya suatu hari nanti...Percayalah setiap usaha pasti akan mendapat ganjaran yang setimpal...Cuma ada dua kemungkinan> Cepat atau Lambat sahaja! dan contoh ini tiada noktahnya...pasti ada pelbagai cara dan kaedah untuk mencipta sesuatu yang baru.
Selamat Berjaya!

Susun atur tong tauge

Penyusunan tong tauge boleh dilakukan pelbagai cara melihat pada kesesuaian tempat dan keluasan yang difikirkan perlu. sebagai contoh; jika sekiranya kawasan yang hendak diguna pakai mempunyai ruang yang sempit maka sebaiknya tong tersebut hendaklah disusun rapat sama ada sebaris atau 4 tong setiap kumpulan.
Perlu difikirkan juga saliran air yang jatuh dari bawah tong tauge semasa berlakunya penyiraman semasa menanam tauge, jika perlu ikhtiarkan tempat khas seperti longkang agar pengaliran dapat berlaku ataupun menggunakan zing atap sebagai alat menyambut air jatuhan tadi.
Salah satu cara lagi ialah membuat lubang disetiap sudut tong yang akan disambungkan menggunakan paip hose yang lebih besar sedikit bagi memudahkan air jatuhan mengalir melalui sambungan tong terakhir.
Jika menggunakan kaedah ini pastikan dibawah tong tidak perlu ditebuk, dan untuk ini kita cuma perlu menggunakan bakul yang berlubang serta saiznya boleh dimuatkan kedalam tong utama dan sediakan alat sokongan seperti kerusi plastik yang rendah untuk alat sokongan antara 5-6inci bagi memberi ruang kepada saliran air yang jatuh dan mengelakkan benih kacang daripada bertakung.

Usahawan Tauge Brunei Darussalam

Setelah beberapa email dan sms yang diterima dari rakan-rakan dan bakal usahawan tauge dari Negara Brunei Darussalam yang berminat untuk memiliki ebook tanaman tauge siraman otomatik ini, maka dengan besar hati saya menawarkan penjualan ebook tersebut dengan harga $100 Brunei Dollar. Kepada bakal-bakal dan rakan-rakan dari Brunei saya sarankan agar berurusniaga dengan membuat pembayaran melalui perkhidmatan Western Union dengan memberikan butiran seperti Nama penerima(atas nama Muhamad Noor b Md Yussoff) dan setelah itu sila email atau sms saya dengan memberikan nombor pin daripada western union bank tersebut. Cara ke dua, awda boleh terus ke Maybank yang berdekatan dengan bandar awda dan masukkan butiran nombor akaun saya iaitu 165125113999 (atas nama yang sama juga)-tetapi kaedah pembayaran melalui bank(maybank Brunei) terpaksa melalui masa tempoh sekitar 7hari untuk pengesahan(so...lambat sikit ler untuk tuan memuat turunkan ebook tersebut.(kaedah pertama adalah lebih baik dan selamat.

untuk sebarang maklumat sila terus email ke: niaga_asia@yahoo.com

Contoh Kertas Kerja Pembiayaan Projek Tauge

Kenapa dengan setiap pembelian Ebook Tauge ini disertakan dengan pemberian PERCUMA contoh kertas kerja pinjaman atau pembiayaan?
Semua sedia maklum dengan keadaan bakal usahawan yang ingin memulakan sesuatu perniagaan pasti ada keluhan dengan Modal permulaan yang kadangkala memerlukan kita menggeluarkan lebih daripada apa yang dijangka. oleh itu salah satu langkah bijak adalah membuat permohonan pinjaman dan pembiayaan ini adalah satu skim yang memang direka khas dan dibuat bagi tujuan membantu bakal-bakal usahawan, adalah bijak sekiranya kita gunakan kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan dimanafaatkan sepenuhnya.
maklum saja...setiap kerja yang dibuat pasti dibayar dengan upah apatah lagi untuk mengupah seseorang membuat kertas kerja pinjaman boleh mencecah ratusan malahan ribuan ringgit. (Contoh kertas kerja yang diberikan Percuma ini diharapkan dapat meringankan sedikit bebanan anda semua). Doa dan harapan saya semoga semua bakal Usahawan Tauge akan mencapai kejayaan.

Kenapa Jet sprayer tidak shower biasa?


Ramai juga kalangan rakan yang bertanyakan tentang penggunaan alat penyembur kabus atau jet-sprayer sebagai alat siraman tauge ni dan ramai juga yang bertanyakan kenapa tidak menggunakan Shower sahaja sebagai alat untuk tujuan siraman tersebut.
Pertama, kos penggunaan dan penjimatan air dapat dilihat dengan jelas.
Kedua, dapat mengelakkan kerosakan dan kualiti hasil tauge dengan siraman penyembur kabus yang serata.
Ketiga, dapat mengawal tekanan air yang rendah semasa siraman berlaku.
Semoga dengan sedikit penjelasan ini dapat dijadikan panduan kepada bakal-bakal usahawan tauge agar penghasilan tauge itu nanti benar-benar berkualiti dan memberikan kepuasaan kepada pelanggan kita.

Peralatan Siraman Otomatik terkini

Ramai diantara kalangan rakan dan bakal pembeli ebook yang bertanyakan tentang rupa bentuk peralatan Siraman Otomatik tanaman Tauge yang digunakan dan bertanyakan adakah terjual dipasaran tempatan? Jawapan untuk itu disini saya sertakan gambar untuk rujukan dan jika tidak terdapat dipasaran tuan bolehlah membuat tempahan terus dari Bumi Agro.
Penerangan lengkap mengenai peralatan dan sebagainya ada terdapat didalam ebook Usahawan tauge. Sila dapatkan segera sebelum Harga Promosi tamat. untuk memuat turun ebook tersebut sila klik sini>>Ebook Usahawan tauge








Pertanyaan Tanam Taugeh Siraman Otomatik

Salam buat semua.
Hari ini saya menerima soalan dari seorang kenalan(siti zurina) melalui email bertanyakan tentang kaedah pengeluaran taugeh siraman otomatik, antara soalan yang ditanyakan adalah seperti berikut:-
saya ingin bertanya lagi tentang penanaman tauge secara automatik ini.
1) bolehkah kita mendapatkan bekalan benih kacang hijau di pasar pemborong atau ada pembekalnya yang tersendiri.
2) bgmn kami dapat kenal pasti gred benih kacang hijau A,AA dan AAA.
3) di dlm kertas projek sy,blehkah kami pilih bgunan rmh kedai sbg tmpt untuk kami jlnkn projek ini.
4) sekiranya kami mngantikan tong sampah kpd tangki air adkh ianya sesuai.
jawapan...
1) bekalan benih atau kacang hijau untuk tauge boleh diperolehi dimana-mana kedai runcit biasa sahaja tetapi untuk pengusaha komersial tentu sekali mau mendapatkan bekalan terus dari pemborong bagi tujuan mendapatkan harga borong agar kos pengeluaran tauge dapat diminimalkan.

2) untuk mengenal pasti gred adalah seperti berikut:- 
- pilih kacang yang bersaiz besar dan sederhana.
- warna tidak pudar dan tidak terlalu terang(ditakuti menggunakan bahan pewarna).

3) lokasi bagi projek siraman tauge pula takde pantang larang dan sebaiknya tempat itu bersih, tidak panas/pengudaran yang baik dan antara kreteria yang penting bekalan letrik dan air yang konsisten, ini bagi mengelakan gangguan sistem siraman dan tekanan air yang rendah juga boleh memberi kesan pada operasi dan mutu pengeluaran.

 4. tong atau bekas bagi tujuan percambahan sebaiknya tong yang berwarna gelap/lut sinar (food graded). Saiz bergantung pada pengeluaran operasi. sebagai contoh untuk pengeluaran 30-50kg tauge sehari biasanya hanya menggunakan tong yang bersaiz sederhana(20L) selain utk memudahkan pengumpulan secara menual (penggunaan orang sebagai tenaga kerja). maksudnya disini, tuaian tidaklah berat untuk kendalikan nanti. 
Untuk operasi yang menggunakan tangki air(tentu saiznya BESAR dan katakan ianya mampu memuatkan hasil tauge sekitar 40-60kg tauge setuaian) pasti amat berat untuk dikendalikan oleh 1-2 orang tenaga kerja melainkan pengendalian tadi 
menggunakan bantuan mesin khas.

Nasihat saya, gunakan tong biasa sahaja untuk permulaan selain menjimatkan kos dan memudahkan kerja. Jika hendak pengeluaran yang  banyak apa yang kita perlu buat hanya gandakan tong dari 4tong ke 8tong dan seterusnya.





Get Chitika | Premium