PROMOSI USAHAWAN TAUGE
Kebaikan Usahawan tauge
Tahukah Anda? - Khasiat dan Zat yang terdapat dalam Tauge
Akhir-akhir ini semakin banyak orang yang memilih sayuran tunas untuk sayur. Di antara sayuran tunas, kecambah kacang hijau dianggap sebagai sayur termurah, tetapi memiliki gizi yang berlimpah.
Tauge mengandungi banyak serat dan air, yang dapat membantu membersihkan kotoran dalam usus besar, sehingga bermanfaat mengurangi kemungkinan zat-zat beracun terserap oleh tubuh. Serat juga efektif untuk mengikat lemak dan kelesterol, dan membuangnya bersama kotoran. Kandungan kalsium yang tinggi dalam kecambahkacang hijau itu sangat baik untuk kesihatan jantung. Estrogen alami yang terdapat dalam tauge juga secara nyata dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah tulang osteoporosis.
Institute of Food Research (IFR) di England menemukan dalam tauge dan kol ada sejenis zat yang sangat ampuh untuk menekan risiko kanser usus. Zat ini terbukti dapat membunuh sel-sel ganas penyebab kanser usus sekaligus dapat menghentikan penyebarannya. Untuk menghindari kanser usus, sebaiknya pengambilan/memakan tauge 2 hingga 3 kali dalam seminggu.
Di Malaysia, tauge merupakan komponen penting dalam masakan mee, soto, laksa, tauge goreng, gado-gado, kerabu dan banyak lagi. Selain daripada makanan hidangan harian.
Harmon Santoso
Jadilah Usahawan Tauge
Usahawan Tauge Agro
Promosi ebook dilanjutkan
Side income - Pengusaha Tauge
Dalam dunia perniagaan tak kiralah jenis produk yang dijual, peniaga mestilah produktif dan yang penting KREATIF! jangan sempitkan pasaran semata-mata. Tauge selain dijadikan hidangan sayur boleh juga dijadikan pelbagai produk, misalnya produk Popeya/Popia, produk ini juga boleh dipasarkan terus kepada peniaga-peniaga yang menjual kuih muih atau disejukbeku kan dan boleh diedarkan dipasaraya atau dijadikan produk IKS.
Kreatif disini bukan setakat mencipta resepi popia sahaja, Bungkusan juga penting selain pemasaran yang baik.
Jika hendak berjaya bukanlah sesuatu yang mudah tetapi bukan juga alasan sangat susah! Setiap permulaan itu pasti dengan langkah pertama dan seterusnya....pelajarilah sebanyak ilmu yang mungkin daripada hanya TUNGGU dan LIHAT! Bertindak sekarang atau kita hanya mampu melihat orang lain Berjaya!
Tidak mustahil dengan sangkaan side income boleh menjadikan kita sebagai Usahawan yang berjaya suatu hari nanti...Percayalah setiap usaha pasti akan mendapat ganjaran yang setimpal...Cuma ada dua kemungkinan> Cepat atau Lambat sahaja! dan contoh ini tiada noktahnya...pasti ada pelbagai cara dan kaedah untuk mencipta sesuatu yang baru.
Selamat Berjaya!
Susun atur tong tauge
Perlu difikirkan juga saliran air yang jatuh dari bawah tong tauge semasa berlakunya penyiraman semasa menanam tauge, jika perlu ikhtiarkan tempat khas seperti longkang agar pengaliran dapat berlaku ataupun menggunakan zing atap sebagai alat menyambut air jatuhan tadi.
Salah satu cara lagi ialah membuat lubang disetiap sudut tong yang akan disambungkan menggunakan paip hose yang lebih besar sedikit bagi memudahkan air jatuhan mengalir melalui sambungan tong terakhir.
Jika menggunakan kaedah ini pastikan dibawah tong tidak perlu ditebuk, dan untuk ini kita cuma perlu menggunakan bakul yang berlubang serta saiznya boleh dimuatkan kedalam tong utama dan sediakan alat sokongan seperti kerusi plastik yang rendah untuk alat sokongan antara 5-6inci bagi memberi ruang kepada saliran air yang jatuh dan mengelakkan benih kacang daripada bertakung.
Usahawan Tauge Brunei Darussalam
untuk sebarang maklumat sila terus email ke: niaga_asia@yahoo.com
Contoh Kertas Kerja Pembiayaan Projek Tauge
Semua sedia maklum dengan keadaan bakal usahawan yang ingin memulakan sesuatu perniagaan pasti ada keluhan dengan Modal permulaan yang kadangkala memerlukan kita menggeluarkan lebih daripada apa yang dijangka. oleh itu salah satu langkah bijak adalah membuat permohonan pinjaman dan pembiayaan ini adalah satu skim yang memang direka khas dan dibuat bagi tujuan membantu bakal-bakal usahawan, adalah bijak sekiranya kita gunakan kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan dimanafaatkan sepenuhnya.
maklum saja...setiap kerja yang dibuat pasti dibayar dengan upah apatah lagi untuk mengupah seseorang membuat kertas kerja pinjaman boleh mencecah ratusan malahan ribuan ringgit. (Contoh kertas kerja yang diberikan Percuma ini diharapkan dapat meringankan sedikit bebanan anda semua). Doa dan harapan saya semoga semua bakal Usahawan Tauge akan mencapai kejayaan.
Kenapa Jet sprayer tidak shower biasa?
Ramai juga kalangan rakan yang bertanyakan tentang penggunaan alat penyembur kabus atau jet-sprayer sebagai alat siraman tauge ni dan ramai juga yang bertanyakan kenapa tidak menggunakan Shower sahaja sebagai alat untuk tujuan siraman tersebut.
Pertama, kos penggunaan dan penjimatan air dapat dilihat dengan jelas.
Kedua, dapat mengelakkan kerosakan dan kualiti hasil tauge dengan siraman penyembur kabus yang serata.
Ketiga, dapat mengawal tekanan air yang rendah semasa siraman berlaku.
Semoga dengan sedikit penjelasan ini dapat dijadikan panduan kepada bakal-bakal usahawan tauge agar penghasilan tauge itu nanti benar-benar berkualiti dan memberikan kepuasaan kepada pelanggan kita.