Susun atur tong tauge

Penyusunan tong tauge boleh dilakukan pelbagai cara melihat pada kesesuaian tempat dan keluasan yang difikirkan perlu. sebagai contoh; jika sekiranya kawasan yang hendak diguna pakai mempunyai ruang yang sempit maka sebaiknya tong tersebut hendaklah disusun rapat sama ada sebaris atau 4 tong setiap kumpulan.
Perlu difikirkan juga saliran air yang jatuh dari bawah tong tauge semasa berlakunya penyiraman semasa menanam tauge, jika perlu ikhtiarkan tempat khas seperti longkang agar pengaliran dapat berlaku ataupun menggunakan zing atap sebagai alat menyambut air jatuhan tadi.
Salah satu cara lagi ialah membuat lubang disetiap sudut tong yang akan disambungkan menggunakan paip hose yang lebih besar sedikit bagi memudahkan air jatuhan mengalir melalui sambungan tong terakhir.
Jika menggunakan kaedah ini pastikan dibawah tong tidak perlu ditebuk, dan untuk ini kita cuma perlu menggunakan bakul yang berlubang serta saiznya boleh dimuatkan kedalam tong utama dan sediakan alat sokongan seperti kerusi plastik yang rendah untuk alat sokongan antara 5-6inci bagi memberi ruang kepada saliran air yang jatuh dan mengelakkan benih kacang daripada bertakung.

Cara penanaman Tauge Siraman Otomatik

Usahawan Tauge Brunei Darussalam

Setelah beberapa email dan sms yang diterima dari rakan-rakan dan bakal usahawan tauge dari Negara Brunei Darussalam yang berminat untuk memiliki ebook tanaman tauge siraman otomatik ini, maka dengan besar hati saya menawarkan penjualan ebook tersebut dengan harga $100 Brunei Dollar. Kepada bakal-bakal dan rakan-rakan dari Brunei saya sarankan agar berurusniaga dengan membuat pembayaran melalui perkhidmatan Western Union dengan memberikan butiran seperti Nama penerima(atas nama Muhamad Noor b Md Yussoff) dan setelah itu sila email atau sms saya dengan memberikan nombor pin daripada western union bank tersebut. Cara ke dua, awda boleh terus ke Maybank yang berdekatan dengan bandar awda dan masukkan butiran nombor akaun saya iaitu 165125113999 (atas nama yang sama juga)-tetapi kaedah pembayaran melalui bank(maybank Brunei) terpaksa melalui masa tempoh sekitar 7hari untuk pengesahan(so...lambat sikit ler untuk tuan memuat turunkan ebook tersebut.(kaedah pertama adalah lebih baik dan selamat.

untuk sebarang maklumat sila terus email ke: niaga_asia@yahoo.com

Contoh Kertas Kerja Pembiayaan Projek Tauge

Kenapa dengan setiap pembelian Ebook Tauge ini disertakan dengan pemberian PERCUMA contoh kertas kerja pinjaman atau pembiayaan?
Semua sedia maklum dengan keadaan bakal usahawan yang ingin memulakan sesuatu perniagaan pasti ada keluhan dengan Modal permulaan yang kadangkala memerlukan kita menggeluarkan lebih daripada apa yang dijangka. oleh itu salah satu langkah bijak adalah membuat permohonan pinjaman dan pembiayaan ini adalah satu skim yang memang direka khas dan dibuat bagi tujuan membantu bakal-bakal usahawan, adalah bijak sekiranya kita gunakan kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan dimanafaatkan sepenuhnya.
maklum saja...setiap kerja yang dibuat pasti dibayar dengan upah apatah lagi untuk mengupah seseorang membuat kertas kerja pinjaman boleh mencecah ratusan malahan ribuan ringgit. (Contoh kertas kerja yang diberikan Percuma ini diharapkan dapat meringankan sedikit bebanan anda semua). Doa dan harapan saya semoga semua bakal Usahawan Tauge akan mencapai kejayaan.

Kenapa Jet sprayer tidak shower biasa?


Ramai juga kalangan rakan yang bertanyakan tentang penggunaan alat penyembur kabus atau jet-sprayer sebagai alat siraman tauge ni dan ramai juga yang bertanyakan kenapa tidak menggunakan Shower sahaja sebagai alat untuk tujuan siraman tersebut.
Pertama, kos penggunaan dan penjimatan air dapat dilihat dengan jelas.
Kedua, dapat mengelakkan kerosakan dan kualiti hasil tauge dengan siraman penyembur kabus yang serata.
Ketiga, dapat mengawal tekanan air yang rendah semasa siraman berlaku.
Semoga dengan sedikit penjelasan ini dapat dijadikan panduan kepada bakal-bakal usahawan tauge agar penghasilan tauge itu nanti benar-benar berkualiti dan memberikan kepuasaan kepada pelanggan kita.

Peralatan Siraman Otomatik terkini

Ramai diantara kalangan rakan dan bakal pembeli ebook yang bertanyakan tentang rupa bentuk peralatan Siraman Otomatik tanaman Tauge yang digunakan dan bertanyakan adakah terjual dipasaran tempatan? Jawapan untuk itu disini saya sertakan gambar untuk rujukan dan jika tidak terdapat dipasaran tuan bolehlah membuat tempahan terus dari Bumi Agro.
Penerangan lengkap mengenai peralatan dan sebagainya ada terdapat didalam ebook Usahawan tauge. Sila dapatkan segera sebelum Harga Promosi tamat. untuk memuat turun ebook tersebut sila klik sini>>Ebook Usahawan tauge








Get Chitika | Premium