Pertanyaan Tanam Taugeh Siraman Otomatik

Salam buat semua.
Hari ini saya menerima soalan dari seorang kenalan(siti zurina) melalui email bertanyakan tentang kaedah pengeluaran taugeh siraman otomatik, antara soalan yang ditanyakan adalah seperti berikut:-
saya ingin bertanya lagi tentang penanaman tauge secara automatik ini.
1) bolehkah kita mendapatkan bekalan benih kacang hijau di pasar pemborong atau ada pembekalnya yang tersendiri.
2) bgmn kami dapat kenal pasti gred benih kacang hijau A,AA dan AAA.
3) di dlm kertas projek sy,blehkah kami pilih bgunan rmh kedai sbg tmpt untuk kami jlnkn projek ini.
4) sekiranya kami mngantikan tong sampah kpd tangki air adkh ianya sesuai.
jawapan...
1) bekalan benih atau kacang hijau untuk tauge boleh diperolehi dimana-mana kedai runcit biasa sahaja tetapi untuk pengusaha komersial tentu sekali mau mendapatkan bekalan terus dari pemborong bagi tujuan mendapatkan harga borong agar kos pengeluaran tauge dapat diminimalkan.

2) untuk mengenal pasti gred adalah seperti berikut:- 
- pilih kacang yang bersaiz besar dan sederhana.
- warna tidak pudar dan tidak terlalu terang(ditakuti menggunakan bahan pewarna).

3) lokasi bagi projek siraman tauge pula takde pantang larang dan sebaiknya tempat itu bersih, tidak panas/pengudaran yang baik dan antara kreteria yang penting bekalan letrik dan air yang konsisten, ini bagi mengelakan gangguan sistem siraman dan tekanan air yang rendah juga boleh memberi kesan pada operasi dan mutu pengeluaran.

 4. tong atau bekas bagi tujuan percambahan sebaiknya tong yang berwarna gelap/lut sinar (food graded). Saiz bergantung pada pengeluaran operasi. sebagai contoh untuk pengeluaran 30-50kg tauge sehari biasanya hanya menggunakan tong yang bersaiz sederhana(20L) selain utk memudahkan pengumpulan secara menual (penggunaan orang sebagai tenaga kerja). maksudnya disini, tuaian tidaklah berat untuk kendalikan nanti. 
Untuk operasi yang menggunakan tangki air(tentu saiznya BESAR dan katakan ianya mampu memuatkan hasil tauge sekitar 40-60kg tauge setuaian) pasti amat berat untuk dikendalikan oleh 1-2 orang tenaga kerja melainkan pengendalian tadi 
menggunakan bantuan mesin khas.

Nasihat saya, gunakan tong biasa sahaja untuk permulaan selain menjimatkan kos dan memudahkan kerja. Jika hendak pengeluaran yang  banyak apa yang kita perlu buat hanya gandakan tong dari 4tong ke 8tong dan seterusnya.





Get Chitika | Premium